Drop us a Line

Chat with us via Whatsapp
Click here

hi@xarabytes.com

FB Ads & Web Masterclass with Azree

XARA Bytes Services & Innovations PLT / FB Ads & Web Masterclass with Azree

Bukan teknik buat Ads bodoh

Tapi teknik mengejar SALES dari behaviour Web Visitor anda

Radikal sungguh tajuk kelas FB Ads Masterclass kali ini, itulah nada dan cara Azree, si licik yang bijak bukan sahaja mencari jalan terbaik menyelesaikan masalah perumahan yang mahal, tapi bijak memaksimumkan ruangan tanahnya sebagai sumber pendapatan pasif tambahan sedang dia bersiap untuk menemui anda di kelas Masterclass FB Ads julung kalinya.

Setakat buat FB Ads, tak payah masuk kelas Tok Guru, Boost aje post tu, buat apa berabis beribu-ribu. Jangan bertindak membabi-buta hanya kerana terdesak nak sangat kejar like harapnya dapat Sale?

Di dalam kelas Masterclass ini anda akan mempelajari lebih lanjut:

  1. Memiliki laman web yang anda sendiri boleh urus di rumah
  2. Mengetahui kaedah terbaik mengoptimumkan kos iklan
  3. Mempelajari jalan paling bijak untuk menukar demand kepada Sale

Muhamad Azree
Graduan IT Infrastructure University KL
Pemenang Pingat ITEX 2012
Pemilik Rumah Kontena Pertama
Pengasas Tubestay

Intipati Masterclass

Ketahui lebih lanjut maklumat Masterclass kali ini

Tarikh : 29, 30 April dan 1 Mei 2018
Lokasi : Ibu Pejabat Reno & Rent Brothers, Klang
Pecahan Modul : A, B dan C
Tempoh setiap Modul : 4 jam
Waktu : 10.30 pagi sehingga 3.30 petang (1 jam rehat)

MODUL A : ASAS MEMBINA LAMAN WEB MUDAH URUS DAN MURAH (29 April 2018)

2 Jam Pertama

Pelajari cara memulakan laman web.com anda dengan hanya RM10 dalam masa 1 jam!
Di dalam modul ini, ada akan diajar teknik mendaftar nama domain .com anda serta memulakan laman web (bukan blogspot, bukan wix, tapi website yang berbisa yang boleh mencederakan jiwa pembeli anda)

1 Jam Rehat

Solat Zohor dan Makan Tengahari Mc Donalds Delivery

2 Jam Terakhir

Memahami infrastruktur sistem laman web, kemampuan dan mengenalpasti kaedah menjual produk atau menawarkan servis secara dalam talian. Memulakan feature Chat Box yang bisa membuat anda tak sabar mendengar deringan ringtone telefon.

MODUL B : MEMULAKAN FEATURES ONLINE STORE DAN MEMILIKI PAYMENT GATEWAY (30 April 2018)

2 Jam Pertama

Pelajari bagaimana mengubah laman web anda kepada laman online store yang berkesan menerima pembayaran online! Anda akan mempelajari teknik menetapkan Payment gateway di dalam laman web anda.

1 Jam Rehat

Solat Zohor dan Makan Tengahari Nasi Ambeng

2 Jam Terakhir

Mengurus produk dan perkhidmatan, menetapkan harga produk, mengurus tempahan dan delivery.

MODUL C: FB ADS REMARKETING DAN MENGHANTUI PELANGGAN (1 Mei 2018)

2 Jam Pertama

Menetapkan fungsi analisa pelawat laman web serta mengetahui selok belok untuk memecahkan subset pelanggan serta kemampuan membeli mereka. Mendapatkan pelanggan berfokus untuk ditukar kepada sales.

1 Jam Rehat

Solat Zohor dan Makan Sushi

2 Jam Terakhir

Mempelajari kaedah follow up, menghantui pelanggan, membuatkan pelanggan tidak senang duduk dan mengoptimumkan kos marketing. Teknik semakin hari semakin kurangkan kos marketing.

Adakah Anda Wajar Menghadiri Masterclass Ini?

Anda boleh memilih untuk menghadiri ketiga-tiga Modul atau memilih salah satu

Sekiranya anda tersenarai dari kategori berikut:

  1. Pemilik bisnes dari rumah atau
  2. Penjual Dropship atau
  3. Ejen Pemasaran Property / Kereta atau
  4. Pembekal atau pemilik produk atau
  5. Telah menghabiskan banyak duit boost FB ads tapi tak mengena

Anda wajar mempertimbangkannya kerana apa? Kerana…

Hanya dengan RM600 bagi setiap modul

Anda boleh mengubah halatuju bisnes anda ke arah yang lebih baik

Istimewa bagi anda yang ingin mengambil ketiga-tiga modul, diskaun RM300 atau ambil 2 Modul dan dapatkan RM100 diskaun. Juga anda akan mendapat baucer penginapan 30% di Rumah Kontena untuk meluangkan lebih masa bersama Azree di sana serta berkongsi lebih banyak idea bersama-sama dalam situasi lebih santai. Anda tunggu apa lagi? Tempahlah sekarang 🙂

Daftar dan bayar secara online, terhad kepada 15 peserta bagi setiap modul.
Tak perlu pakai Blazer, hanya bawa laptop dan idea niaga.

Peta Lokasi ke Pejabat Reno & Rent Brothers

Nota : Parking RM3 per entry serta makanan & minuman ditanggung oleh Azree

Isikan borang pendaftaran dan lakukan pembayaran online untuk reserve seat anda 🙂

Step 1 of 2

50%
  • RM 0.00